Bebas Kesesakan Lalu Lintas • Dingin • Sesuai Untuk Family Day & Reunion
Bebas Kesesakan Lalu Lintas • Dingin • Sesuai Untuk Family Day & Reunion
Desa Hana merupakan sebuah homestay di Kampung Tersusun Mawar Tepian Desa (MTD) dalam daerah Kampung Raja di Cameron Highlands. Ia menawarkan sebuah rumah yang boleh memuatkan sehingga 15 orang dewasa, atau sebuah studio untuk tampungan keluarga kecil (4-5 ahli) atau campsite untuk mereka yang mahukan pengalaman berkemah di kawasan dingin. Desa Hana mempunyai fasiliti serba lengkap, khusus buat mereka yang mendambakan ketenangan dalam percutian. Nikmati penginapan yang sejuk dan nyaman diulit kehijauan, tersorok dari hiruk-pikuk bandar & masalah kesesakan lalu-lintas yang semakin meruncing di Tanah Tinggi Cameron.
• 3 bilik tidur 3 bilik air
• Tampungan 10-15 orang
• Tilam, bantal & selimut ekstra
• Shower water heater di setiap bilik mandi
• Dry kitchen dalam rumah untuk bancuh air dan masak mee segera
• Wet kitchen di halaman belakang untuk menumis dan masak masakan berat
• Dapur BBQ, pinggan mangkuk, kuali, periuk & kutleri
• Beranda untuk minum-minum petang
• Halaman belakang rumah untuk sebarang aktiviti kekeluargaan
*RM350/malam bagi hari minggu. RM400 bagi hujung minggu & cuti umum.
Tak perlu menunggu lama di dalam kereta untuk pergi check in akibat kesesakan lalu lintas seperti jika menginap di bandar. Naik dari Simpang Pulai, anda akan menjumpai dahulu homestay ini.
Inap desa ini terletak di kawasan lembah, dikelilingi kehijauan yang menjanjikan udara bersih dan cuaca yang dingin, sesuai buat mereka yang mendambakan suasana kampung.
Lokasi terbaik untuk lebih mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Panggang BBQ, duduk makan beramai-ramai, mandi sungai semua ini tidak dapat dilakukan jika menyewa homestay jenis apartment.
Dengan hanya RM350-400/malam, anda mendapat keistimewaan yang tentunya berbeza berbanding mereka yang menyewa apartment. Dengan tampungan maksimum sehingga 15 orang dewasa, berapa sangatlah harga kalau dibahagikan, kan?
Homestay ini juga dekat dengan pusat tarikan pelancong seperti BOH Sungei Palas Tea Estate, Lavender Garden, Avant Chocolate & Ice Cream, Last Stop Strawberry Farm, Masjid Lojing dan banyak lagi.
Buat peminat hiking, anda juga boleh mendaki beberapa bukit yang berada di sekitar rumah. Nikmati pemandangan indah di puncak. Jika anda perlukan guide, inform sahaja pada kami, kami bantu arrange untuk anda.
1.2km (2 minit memandu)
Petik sendiri strawberry segar untuk dibawa pulang. Boleh juga bergambar dan membeli buah tangan Cameron di sini seperti bunga, pokok hidup, teh, dan kraftangan.
1.6km (3 minit memandu)
Salah satu tempat yang mempunyai banyak Instagrammable moments. Sesuai untuk dikunjungi bagi kaki selfie dan yang suka ambil gambar selain menikmati coklat, ais-krim dan kek di kafenya. Masuk adalah percuma.
16.3km (23 minit perjalanan)
Tempat yang digilai ramai kerana keindahan bunga lavender Taiwan & Hokkaido yang seluas mata memandang. Tempat ini sangat besar, setiap sudut sangat cantik untuk diambil gambar. Cuma parking adalah terhad dan masuk kena bayar.
25.1km (44 minit perjalanan)
Pada pendapat kami, ladang BOH di Sungei Palas ini lebih cantik dari ladang teh Bharat di Tanah Rata. Lokasi ikonik ini merupakan tarikan wajib pergi terutamanya buat mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di Cameron Highlands. Ianya mempunyai kafe balkoni tergantung yang sangat besar. Sambil menikmati secawan teh sambil melihat pemandangan ladang yang begitu mengasyikkan.
Maklumat yang anda cari semuanya ada di halaman ini. Pastikan anda membacanya dahulu sebelum meluru tanya soalan di Whatsapp
Desa Hana Homestay
+60 19-572 2402
booking@desahana.com
C181
Mawar Tepian Desa (MTD)
39010, Cameron Highlands
Pahang
Homestay Kami
Desa Hana MTD
Desa Hana Tanah Rata
Follow Kami Di:
Desa Hana Homestay Chain © 2018-2024