Dekat Dengan Akses Kemudahan, Dekat Dengan Pusat Pelancongan
Dekat Dengan Akses Kemudahan, Dekat Dengan Pusat Pelancongan
Desa Hana cawangan Tanah Rata merupakan sebuah homestay jenis apartment di Perumahan Makmur Cameron Jaya yang terletak betul-betul di pusat bandar Tanah Rata. Ia boleh memuatkan sehingga 10 orang dewasa, mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air dengan water heater, ruang tamu, ruang makan, dapur dan turut juga dilengkapi dengan balkoni untuk anda menghirup udara dingin dan segar Tanah Tinggi Cameron. Homestay ini selain fully-furnished, ia turut dekat dengan kedai makan, dobi, ATM, pasaraya dan pusat² pelancongan seperti ladang teh Bharat, Taman Agro Teknologi MARDI, taman kaktus, rumah berkonsep English Tudor dan banyak lagi.
Kami sentiasa memastikan homestay kami dalam keadaan bersih dan wangi. Tentu anda tak mahu kejadian terjumpa air liur basi penyewa sebelum ini, ada kamera tersembunyi dan pelbagai lagi mimpi ngeri. Tidak dengan kami.
Inap desa ini terletak di tingkat 8, tingkat teratas sekali justeru kurang bunyi bising dari kereta yang lalu lalang dan hiruk-pikuk kesibukan di bawah. Penat travel dari jauh, sampai je dah boleh berehat dengan aman.
Kami juga ada sediakan toto, bantal & selimut ekstra sekiranya katil di bilik sudah pun penuh. Maklumkan sahaja pada kami lebih awal. Boleh juga hamparkan di ruang tamu sekiranya mahu menonton TV beramai-ramai.
Kemudahan seperti lif, pasaraya, dobi, kedai makan semuanya within walking distance sahaja. Kalau lapar, pekena dulu steambot, ikan bakar di bawah. Lain macam nikmat makan panas-panas dalam cuaca sejuk ni.
1km ke Strawberry Farm, Parit Fall, Marigold Square, pekan Tanah Rata, Masjid Besar Cameron & MARDI. 3km ke pasar malam Golden Hill. 5km ke Ladang Teh Bharat & pekan Brinchang. Semua dekat-dekat belaka.
Dengan hanya RM297/malam, anda dapat menikmati fasiliti keseluruhan rumah di hot location. Rumah boleh tampung sehingga 10 orang dewasa. Kalau datang ramai-ramai, hotel tak dapat rate macam ni.
– 3 bilik tidur 2 bilik air
– Shower water heater di setiap bilik mandi
– Toto, bantal & selimut ekstra
– TV dengan Astro NJOI
– Seterika, penyangkut baju, sejadah, almari pakaian
– Dry kitchen dalam rumah untuk bancuh air dan masak mee segera
– Peti ais mini, cerek elektrik, microwave
– Pinggan mangkuk, kuali, periuk & kutleri
– Ampaian
1.5km (4 minit memandu)
Kredit: Facebook MARDI
Ada macam-macam di sini. Taman orkid, taman arnab, taman rama-rama, taman bunga, English garden, ladang & kilang teh, kebun strawberi, salah satu tempat wajib pergilah.
1.6km (4 minit memandu)
Kredit: tripadvisors.com.my
Khas untuk pencinta alam semula jadi, nikmati hirupan udara bersih dan bunyi aliran air yang tenang. Cuma air di sini selain sejuk, ianya kurang bersih. Tidak digalakkan mandi. Air terjun pun rendah je. Sekadar nak jungle walk bolehlah.
3.4km (7 minit perjalanan jika tidak jem)
Kredit: libur.com.my
Pasar malam ini hanya dibuka pada Jumaat, Sabtu dan cuti sekolah sahaja bermula dari pukul 4 petang sehingga 11 malam. Jika jalan utama sesak boleh guna laluan belakang homestay untuk terus ke pasar malam, hanya 7 minit perjalanan. Di sini anda boleh dapatkan pelbagai sayur-sayuran, buah-buahan segar, pokok, bunga hidup, baju & macam-macam jenis makanan.
5km (10 minit perjalanan jika tidak jem)
Kredit: wheretokim.com
Ladang Teh Bharat ni lebih dekat dengan homestay dan lebih mudah sampai berbanding Ladang Teh BOH di Sungei Palas dengan jalannya yang berliku-liku. Ladang seluas 1600 ekar ini menawarkan pemandangan pokok teh sejauh mata memandang, selain bergambar anda juga boleh menikmati secawan teh dan scones di kafenya.
5.1km (12 minit perjalanan jika tidak jem)
Kredit: cameronhighland.net
Big Red Strawberry ni antara tempat tanaman strawberry terbesar di Cameron Highlands. Kalau hujan pun masih boleh berjalan dengan selesa kerana ia berbumbung. Anak-anak mesti suka bila dapat tengok buah ni di depan mata. Cuma harga kalau petik sendiri lagi mahal dari yang sudah sedia dibungkus. Apa je yang tak mahal di Cameron ni.
5.2km (10 minit perjalanan jika tidak jem)
Kredit: aromasian.com
Cactus Valley ni hanya bersebelahan dengan Big Red Strawberry, boleh jalan kaki je, tak perlu susah-susah cari parking lagi. Pokok kaktus di sini semuanya dijaga dengan rapi, ada pelbagai saiz dan warna yang sungguh menggoda mata. Asyik beli strawberry je buat buah tangan bagi kawan-kawan, apa kata beli pokok kaktus pula.
Kepuasan, Kebersihan & Keselamatan Dijamin
RM270/malam
2 malam RM500
Kami tidak spam. Maklumat anda juga tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga
Homestay ini hanya terbuka untuk keluarga Muslim sahaja tanpa mengira bangsa.
B8-8-6, Perumahan Makmur Cameron Jaya
39000, Tanah Rata
Cameron Highlands
Google Map atau Waze
Kami juga mempunyai homestay 3 bilik tidur & 3 bilik air buat mereka yang dambakan ketenangan ketika bercuti di Kampung Tersusun Mawar Tepian Desa (MTD), Kampung Raja, Cameron Highlands.
– Jauh dari hiruk-pikuk bandar & kesesakan lalu-lintas.
– Sesuai untuk mereka yang mahu beristirehat menenangkan fikiran.
– Tampungan sehingga 15 orang dewasa pada satu-satu masa.
– Main air di sungai, BBQ, makan-makan, family bonding.
Desa Hana Homestay
+60 19-572 2402
booking@desahana.com
C181
Mawar Tepian Desa (MTD)
39010, Cameron Highlands
Pahang
Homestay Kami
Desa Hana MTD
Desa Hana Tanah Rata
Follow Kami Di:
Desa Hana Homestay Chain © 2018-2024